Notis privasi
Kemas kini terakhir: 17 November 2026. Notis ni dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, seperti yang Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (seksyen 7(3)) minta. Read in English
Siapa kami
Laman ni dan data you diuruskan oleh Studio Larut Malam (SSM SA0660436-W), perniagaan yang berdaftar dengan SSM. Studio Larut Malam pengawal data untuk laman ni. Razif dan Farah watak rekaan, dan "Rumah Sebelah" tu nama jenama untuk buku-buku ni.
Nak tanya apa-apa pasal data you, nak tengok atau betulkan data you, atau nak buat aduan, emel hello@rumahsebelah.com.
Apa yang kami simpan, dan kenapa
- Emel you. Untuk log masuk (kami emel kod dan pautan sekali guna), bagi buku yang you beli, hantar resit, dan hantar emel peringatan yang you pilih.
- Bayaran DuitNow. Nama dalam akaun bank you (supaya kami boleh cari bayaran you), rujukan bayaran (macam DD-1234), jumlah, dan sama ada bayaran tu lulus.
- Jualan. Siapa beli, buku apa, jumlah, cara bayar dan rujukan. Untuk rekod akaun dan refund.
- Peranti you. Untuk setiap peranti yang log masuk, label macam "iPhone · Safari" dan bila last guna. Supaya you boleh tengok peranti mana yang masuk, dan log keluar dari mana-mana satu. Satu akaun boleh guna 3 peranti.
- Muat turun. Bila you muat turun PDF, dan edisi mana. Supaya kami boleh bagitahu bila ada edisi baru, dan nampak kalau ada akaun yang dikongsi ramai.
- Tarikh dalam companion. Tarikh je: bila you isi Distance Check, dan minggu mana Borak Jumaat ditanda "dah" atau "tangguh". Supaya tarikh isi balik dan bilangan minggu ikut you ke peranti lain.
- Pilihan peringatan. Peringatan mana yang you buka, supaya kami tahu nak hantar apa.
- Pendaftaran Bab 1. Kalau you minta Bab 1, kami simpan emel you, nama dan nombor WhatsApp you (kalau you bagi), dan bila you tanda setuju. Kami hantar satu emel dengan link Bab 1. Lepas tu kami guna emel you untuk bagitahu bila ada benda baru dari Rumah Sebelah. Setiap emel ada link untuk berhenti.
- Alamat IP. Alamat IP sambungan you, bila you minta emel log masuk, cuba kod, atau mula bayar. Supaya tak ada orang boleh banjirkan laman ni dengan emel log masuk, teka kod, atau buat bayaran palsu.
Apa yang kami tak simpan
- Jawapan dan markah Distance Check, termasuk jawapan suami you.
- Nota Borak Jumaat, dan ayat yang you berdua setuju.
- Kad skrip yang you tanda.
- PDF yang ada emel you. PDF tu dibuat baru setiap kali you muat turun, dan tak disimpan kat mana-mana.
- Nombor kad atau nombor akaun bank you.
Kami tak jual data you, dan tak guna kuki untuk jejak you.
Dari mana data ni datang
Semuanya dari you sendiri: masa you isi borang beli, borang log masuk atau borang Bab 1, dan masa you guna akaun dan companion.
Wajib atau pilihan
Emel dan nama dalam akaun bank wajib untuk beli. Tanpa emel, kami tak boleh bagi buku, hantar resit, atau bagi you log masuk. Tanpa nama dalam akaun bank, kami susah nak cari bayaran you. Nombor WhatsApp dan semua emel peringatan pilihan je.
Companion: apa yang duduk dalam peranti you
Semua jawapan, markah dan nota dalam companion disimpan dalam browser you je, dengan nama yang ikut akaun you (dd:…:semak, dd:…:jumaat, dd:…:skrip). Jadi dua akaun dalam satu browser tak nampak data masing-masing. Server kami dapat tarikh je, macam yang tertulis kat atas. Kalau orang lain pun guna phone atau iPad you, tekan Log keluar dan padam data kat peranti ni. Butang tu log keluar, dan padam data companion akaun you dari browser tu.
Kuki dan storan browser
dd_session: kekalkan you log masuk kat peranti tu, sampai setahun, atau sampai you log keluar.dd_preview: sebelum laman dibuka je, untuk orang yang dijemput tengok awal.dd:…dalam storan browser: data companion you, macam kat atas. Log keluar biasa tak padam data ni. Log keluar dan padam padam data ni, atau you boleh padam data laman ni dalam setting browser.rs:theme,rs:readerdandd:…:baca: Browser you je yang simpan pilihan lampu (siang atau malam), saiz dan jenis huruf, dan tempat you berhenti baca. Kami tak terima data tu.
Siapa lagi yang pegang data you
- Cloudflare: hos laman ni, simpan pangkalan data (akaun, bayaran, jualan, tarikh companion) dan fail buku.
- ZeptoMail (Zoho) dan Resend: hantar emel log masuk, resit, peringatan dan emel Bab 1.
- Telegram: notifikasi bayaran untuk pemilik laman, yang ada emel pembeli, buku yang dibeli, dan nama dalam akaun bank.
- Bank you: uruskan bayaran DuitNow.
Cloudflare, ZeptoMail, Resend dan Telegram simpan dan proses data kat server luar Malaysia, termasuk kat Amerika Syarikat.
Font laman ni datang dari server kami sendiri. Jadi browser you tak minta apa-apa dari Google atau laman lain untuk font.
Berapa lama kami simpan
- Emel, buku you, peranti, tarikh companion dan pilihan peringatan: selagi akaun you ada. Peranti yang setahun tak guna dibuang sendiri.
- Bayaran DuitNow: yang lulus, disimpan bersama jualan. Yang ditolak atau tamat, 90 hari.
- Jualan: 7 tahun, untuk rekod akaun dan cukai.
- Rekod muat turun: 90 hari.
- Pautan dan kod log masuk: 15 minit.
- Alamat IP: satu hari.
- Pendaftaran Bab 1: sampai you minta kami padam.
Hak you, dan pilihan you
- Nak tengok data yang kami simpan pasal you, nak betulkan, atau nak padam: emel hello@rumahsebelah.com.
- Padam akaun buang emel, buku, peranti, tarikh companion, peringatan, rekod muat turun dan pendaftaran Bab 1 you. Rekod jualan dan bayaran yang lulus kami simpan untuk tempoh kat atas, dengan emel you, untuk rekod akaun dan cukai. Data companion dalam browser you kekal sampai you tekan Log keluar dan padam, atau padam data laman dalam browser.
- Emel peringatan tutup sampai you buka sendiri dalam Akaun. Setiap satu ada pautan "Berhenti".
- Nak keluar dari senarai Bab 1? Tekan link berhenti dalam emel Bab 1 tu, atau emel hello@rumahsebelah.com, dan kami padam nama dan emel you.
Kalau notis ni berubah, tarikh kat atas berubah sekali.
Privacy notice
Last updated: 17 November 2026. This notice is in Malay and English, as the Personal Data Protection Act 2010 (section 7(3)) asks.
Who we are
This site and your data are handled by Studio Larut Malam (SSM SA0660436-W), a business registered with SSM, the Companies Commission of Malaysia. Studio Larut Malam is the data controller for this site. Razif and Farah are fictional characters, and "Rumah Sebelah" is the brand name of these books.
For any question about your data, to see or correct it, or to make a complaint, email hello@rumahsebelah.com.
What we keep, and why
- Your email. To log you in (we email a one-time code and link), give you the book you bought, send receipts, and send the reminder emails you choose.
- DuitNow payments. The name on your bank account (so we can find your payment), the payment reference (like DD-1234), the amount, and whether it was approved.
- Sales. Who bought, which book, the amount, how it was paid and the reference. For our accounts and for refunds.
- Your devices. For each device that logs in, a label such as "iPhone · Safari" and when it was last used, so you can see which devices are in and sign any of them out. One account can use 3 devices.
- Downloads. When you download a PDF, and which edition. So we can tell you about a new edition, and notice an account shared by many people.
- Companion dates. Dates only: when you took the Distance Check, and which Borak Jumaat weeks are marked "done" or "put off". So your retake date and week count follow you to other devices.
- Reminder choices. Which reminders you turned on, so we know what to send.
- Bab 1 sign-ups. If you ask for Bab 1: your email, your name and WhatsApp number if you give them, and when you agreed. We send one email with the Bab 1 link. After that we keep your email to tell you when Rumah Sebelah have something new. Every email has a link to stop them.
- IP address. Your connection's IP address when you ask for a login email, try a code or start a payment, so nobody can flood the site with login emails, code guesses or fake payments.
What we don't keep
- Distance Check answers and scores, including your husband's answers.
- Borak Jumaat notes, and the lines you both agreed.
- The script cards you mark.
- The PDF with your email on it. It is made fresh at each download and never stored anywhere.
- Your card or bank account number.
We don't sell your data, and we use no tracking cookies.
Where the data comes from
All of it comes from you: when you fill in the buy, login or Bab 1 forms, and when you use your account and the companion.
Required or optional
Your email and the name on your bank account are required to buy. Without an email we can't give you the book, send a receipt or log you in. Without the bank-account name we may not find your payment. Your WhatsApp number and every reminder email are optional.
The companion: what stays on your device
Every answer, score and note in the companion is stored in your browser only, under names tied to your account (dd:…:semak, dd:…:jumaat, dd:…:skrip), so two accounts on one browser never see each other's data. Our server gets the dates only, as above. If other people use your phone or iPad, press Log keluar dan padam data kat peranti ni (log out and clear data on this device). It logs you out and clears your account's companion data from that browser.
Cookies and browser storage
dd_session: keeps you logged in on that device, for up to a year or until you log out.dd_preview: only before launch, lets invited people see the site early.dd:…in browser storage: your companion data, as above. A normal log-out doesn't clear it. Log keluar dan padam does, or you can clear this site's data in your browser settings.rs:theme,rs:readeranddd:…:bacain browser storage: your lamp setting (day or night), text size, typeface and the place you stopped reading are kept in your browser only. We never receive them.
Who else holds your data
- Cloudflare: hosts the site and stores the database (accounts, payments, sales, companion dates) and the book files.
- ZeptoMail (Zoho) and Resend: send login emails, receipts, reminders and the Bab 1 email.
- Telegram: payment alerts to the site owner, which carry the buyer's email, the book bought, and the bank-account name.
- Your bank: handles the DuitNow transfer.
Cloudflare, ZeptoMail, Resend and Telegram store and process data on servers outside Malaysia, including in the United States.
This site's fonts come from our own server, so your browser asks nothing of Google or any other site for them.
How long we keep it
- Email, your books, devices, companion dates and reminder choices: while your account exists. A device unused for a year is removed.
- DuitNow payments: approved ones are kept with the sale. Rejected or expired ones, 90 days.
- Sales: 7 years, for our accounts and tax records.
- Download log: 90 days.
- Login links and codes: 15 minutes.
- IP addresses: one day.
- Bab 1 sign-ups: until you ask us to delete them.
Your rights, and your choices
- To see the data we hold about you, correct it, or delete it: email hello@rumahsebelah.com.
- Deleting your account removes your email, books, devices, companion dates, reminders, download log and Bab 1 sign-up. Sales and approved payment records are kept for the period above, with your email, for our accounts and tax records. Companion data in your browser stays until you press Log keluar dan padam or clear the site's data in your browser.
- Reminder emails are off until you turn them on in your account. Each one has a "Berhenti" (stop) link.
- To leave the Bab 1 list, press the stop link in the Bab 1 email, or email hello@rumahsebelah.com, and we delete your name and email.
If this notice changes, the date at the top changes with it.